Bahasa MalaysiaEnglish
Apa itu SMS Profit? Biar kami fahamkan anda bagaimana ia berfungsi.
Ingin berdaftar bersama kami? Lihat mekanisma mendaftar bersama SMS Profit.
Ruangan Muat Turun. Lengkapkan komputer anda dengan aplikasi dari SMS Profit.

 
 

   Perjanjian Pengguna

 
 
BERIKUT ADALAH MAKLUMAT PERJANJIAN YANG DITAWARKAN sms.profit KEPADA ANDA UNTUK MENGAKSES LAMAN KAMI.

Perjanjian ini adalah kontrak yang melibatkan antara pengguna ("Anda") dan sms.profit ("Kami"). Jika anda tidak bersetuju dengan perjanjian ini, anda TIDAK dibenarkan mengakses atau menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami.

Perjanjian ini membantu kami menawarkan perkhidmatan kepada pengguna secara selamat. Kami membina keyakinan dan kepercayaan kepada pengguna disamping menjaga integrasi pengguna. Jika anda mempunyai sebarang masalah dengan perjanjian ini, sila hubungi kami di laman Hubungi kami.

Perjanjian ini telah dikemaskini pada 10 Disember 2006.

Antara kandungan Perjanjian Pengguna

•    Kelayakan
Sebagai syarat menggunakan perkhidmatan kami, anda dikehendaki mendaftar menjadi ahli kami. Perkhidmatan kami layak untuk syarikat atau individu dimana berumur 18 tahun ke atas. Jika anda berumur 18 tahun kebawah, anda mestilah perlu mendapat kebenaran dari penjaga anda. Jika anda tidak memenuhi syarat ini, anda DILARANG menggunakan perkhidmatan kami.

•    Yuran & Perkhidmatan
Pendaftaran anda sebagai ahli dalam laman ini adalah PERCUMA. Kami tidak mengenakan sebarang bayaran untuk anda mendaftar sebagai ahli. Walau bagaimanapun, kami mengenakan caj kepada anda untuk menggunakan perkhidmatan Premium kami (Ahli Premium). Pembayaran premium kami adalah dalam bentuk Ringit Malaysia (RM). Anda bertanggungjawab terhadap sebarang cukai ataupun caj yang dikenakan semasa anda menggunakan laman kami.

•    Komunikasi Pengguna Lain dalam smsprofit.biz
Kami membenarkan anda dihubungi oleh rakan-rakan anda yang turut mendaftar bersama kami menggunakan SMS yang ditawarkan kepada anda. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang risiko yang dihadapi pengguna apabila kami membenarkan anda dihubungi melalui laman kami. Walau bagaimanapun, kami tidak mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pengguna lain secara langsung. Kami memaparkan nombor telefon anda kepada upline/penaja anda. Walau bagaimanapun, HANYA penaja sahaja yang boleh menghubungi anda. Turut juga, sebarang pendaftaran yang dibuat, maklumat nombor telefon akan dipaparkan bagi memudahkan pengguna baru memahami sistem dengan menghubungi anda(09-Januari-2007). Jika anda tidak bersetuju dengan syarat ini, anda tidak layak menggunakan perkhidmatan kami.

•    Menerima Bayaran
Kami menyediakan perkhidmatan menerima bayaran dari anda sebarang bayaran premium kami. Kami tidak bertanggungjawab jika bayaran yang dihantar tidak diterima oleh kami. Bagi mewujudkan sistem bayaran yang selamat, kami menyediakan email atau SMS respon yang perlu anda maklumkan kepada kami sekiranya bayaran telah dibuat. Email respon kami adalah billing@smsprofit.biz dan SMS respon kami adalah dengan katakunci SMSP yang dihantar ke nombor 33112. Selepas membuat bayaran, kami mempunyai masa 3 hari untuk memproses maklumat bayaran anda untuk sebarang tindakan yang perlu dibuat oleh pihak kami. Caj kami adalah seperti yang tertera pada laman kami. Caj yang disebut adalah dengan harga muktamad.

•    Membuat Bayaran
Pembayaran akan dibuat berdasarkan rekod penjualan SMS yang dibuat oleh anda. Bayaran dibuat adalah mengikut dua jenis medium pembayaran iaitu melalui :
  • Deposit Ke Akaun
  • Cek Berpalang
Kami tidak menyediakan perkhidmatan bayaran selain yang disebut diatas. Sebagai syarat penjualan, penjualan minimum adalah sebanyak 2000 SMS ataupun RM 200 (Ringgit Malaysia). Kami tidak mengenakan sebarang caj untuk perkhidmatan Deposit ke Akaun. Walau bagaimanapun, jika terdapat kesilapan dalam pengisian nombor akaun bank dari pihak anda, kami berhak MEMOTONG baki semasa akaun anda sebanyak RM 15 (Lima Ringgit Malaysia) sebagai yuran pemprosesan. Pemotongan tersebut akan dibuat dengan mengurangkan jumlah baki SMS anda. Sila pastikan anda meletakkan nombor akaun bank anda dengan betul.
 
 
SMS Profit    Tentang Kami    Soalan Lazim    Hubungi Kami    Sembang    Artikel

Pemasaran    Sambungan    Harga Pakej    Info Bayaran    Privasi    Syarat & Terma    Perjanjian Pengguna
2005 - 2008 © www.smsprofit.biz. Hakcipta Terpelihara.
Bahasa MalaysiaEnglish
www.smsp.biz