 |
|
 |
| |
Privasi sms.profit |
|
| |
Segala maklumat peribadi dan data anda adalah terpelihara.
sms.profit (“kami”) memandang privasi anda dengan serius. Sila baca maklumat yang berikut untuk mengetahui lebih lanjut tentang dasar privasi kami.
Rangkuman Dasar Privasi ini
- Dasar Privasi ini merangkumi cara kami mengendalikan maklumat kenal pasti diri yang kami kumpulkan apabila anda berada di tapak sms.profit, dan apabila anda menggunakan perkhidmatan kami. Dasar ini juga merangkumi cara kami mengendalikan maklumat kenal pasti diri yang dikongsi dengan kami oleh rakan niaga kami.
- Dasar ini tidak berkenaan dengan amalan syarikat yang tidak kami miliki mahupun kawal, atau dengan orang yang tidak bekerja dengan kami atau yang kami uruskan.
Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat
- Kami mengumpulkan maklumat kenal pasti diri apabila anda mendaftarkan diri untuk mendapatkan akaun sms.profit, apabila anda menggunakan sms.profit produk atau perkhidmatan yang tertentu dan apabila anda melawat halaman sms.profit. Kami juga mungkin menerima maklumat kenal pasti diri daripada rakan niaga kami.
- Apabila anda mendaftarkan diri dengan kami, kami meminta nama, alamat e-mel dan nombor telefon bimbit anda. Setelah anda mendaftarkan diri dengan kami dan mendaftar masuk ke perkhidmatan kami, anda sudah kami kenali.
- Kami juga menerima dan merekodkan maklumat secara automatik pada log pelayan kami daripada penyemak imbas anda, termasuk alamat IP anda, cookie sms.profit dan halaman yang anda minta.
- Kami menggunakan maklumat untuk tiga tujuan umum: menyuaikan iklan dan kandungan yang anda lihat, memenuhi permintaan anda bagi produk dan perkhidmatan tertentu, dan menghubungi anda tentang tawaran khas dan produk baru.
Perkongsian dan Pendedahan Maklumat
- Kami tidak akan menjual mahupun menyewakan maklumat kenal pasti diri anda kepada sesiapa.
- Kami akan menghantarkan maklumat kenal pasti diri anda kepada syarikat atau orang lain apabila:
- Kami mendapat izin anda untuk berkongsi maklumat ini;
- Kami perlu berkongsi maklumat anda untuk menyediakan produk atau perkhidmatan yang anda minta;
- Kami perlu menghantarkan maklumat ini kepada syarikat yang bekerja bagi pihak kami untuk menyediakan produk atau perkhidmatan kepada anda. (Kecuali kami memberitahu anda sebaliknya, syarikat ini tidak berhak menggunakan maklumat kenal pasti diri yang kami berikan kepada mereka bagi tujuan selain yang perlu untuk membantu kami.);
- kami bergerak balas kepada sepina, perintah mahkamah atau proses undang-undang; atau
- Kami mendapati tindakan anda di laman web kami melanggar syarat-syarat sms.profit atau mana-mana garis panduan penggunaan, peraturan atau terma dan syarat berkenaan yang lain dan/atau tambahan, atau syarat-syarat perkhidmatan bagi produk atau perkhidmatan khusus.
Cookie
- Kami mungkin menetapkan dan mengakses cookie sms.profit di dalam komputer anda.
- Kami membenarkan syarikat lain yang mempamerkan iklan pada beberapa halaman kami untuk menetapkan dan mengakses cookie mereka di dalam komputer anda. Penggunaan cookie oleh syarikat lain tertakluk pada dasar privasi masing-masing, dan bukan dasar privasi ini. Pengiklan atau syarikat lain tidak mempunyai akses ke cookie kami.
- Kami menggunakan web beacon (berup web) untuk mengakses cookie kami dalam lingkungan rangkaian tapak web kami berhubung produk dan perkhidmatan sms.profit.
Kemudahan Anda untuk Mengedit dan Menghapuskan Maklumat dan Pilihan Utama Akaun Anda
- Kami memberi anda kemudahan mengedit Maklumat Akaun anda dalam sms.profit dan pilihan utama anda pada bila-bila masa, termasuk sama ada anda mahu kami menghubungi anda tentang tawaran khas dan produk baru.
Keselamatan
- Maklumat Akaun sms.profit anda dilindungi kata laluan demi privasi dan keselamatan anda.
Perubahan Dasar Privasi ini
- Kami mungkin meminda dasar ini dari masa ke masa. Jika kami melakukan apa-apa perubahan besar pada cara kami menggunakan maklumat peribadi anda, kami akan memberitahu anda dengan menyiarkan pengumuman dengan jelas di halaman-halaman kami. Anda bersetuju bahawa siaran demikian menjadi notis yang cukup dan memadai kepada anda tentang perubahan ini.
- Anda bersetuju bahawa jika anda terus menggunakan produk atau perkhidmatan kami selepas pemindaan tersebut, hal itu bermakna anda menerima dan bersetuju untuk mematuhi dasar yang terubahsuai itu.
Soalan atau Cadangan
|
|
 |
|
 |
|